Saturday, 6 September 2008

Andai ini Ramadhan Terakhirku

1st September bersamaan 1 Ramadhan..Bulan yang penuh dengan seribu rahmat..Bullan yang bangun sahurnya merupakan nikmat..Ceramah duha yang ustaz sampaikan pagi ramadhan buat aku bertambah bersyukur aku masih bernafas pada ramadhan kali ini..”Allah berselawat pada hambanya yg bangun sahur”,ilmu baru yg aku dapat.If sebelum ni aku fikir bangun sahur sekadar untuk elakkan rasa letih disiangnya..Biasa ler masa zaman puasa kat rumah mak selalu kejut “Adik bangun sahur,karang letih if tak makan”, so persepsi aku masa tu bangun sahur just makan untuk elakkan rasa letih disiangnye..Rupanya seakan setiap benda yg berlaku dan disunatkan dalam bulan ramadhan ini penuh hikmah..Cuma aku manusia yg cetek ilmu agamanya tak mengetahui hikmah disebaliknya

Pesan ustaz selalu berdoa untuk diberikan kekuatan rohani oleh Allah agar dapat melakukan yang terbaik dalam ramdhan kali ini kerana ini mungkin ramdhan terakhir..Andai ramadhan ini tidak ku manfaatkan adakah aku punya jaminan ramadhan berikutnya aku masih punya kesempatan untuk melaluinya…Ramdhan ini adalah ramdhan terkahir dan hari ini adalah hari terakhir…itu kata bijak pandai ketika mengejar cinta Ilahi.Setiap detik ramdhan ini dimanfaatkan…Seakan ada rekod baru yang perlu dipecahkan untuk ramdhan kali ini…

Aku hamba yang masih belajar berjalan dalam melalui kehidupan sebagai hamba yang benar-benar patuh dan taat…Aku bukan manusia yang mencapai tahap zuhud…aku juga bukan manusia yang mencapai tahap meletakkan cinta pada Allah mengatasi segalanya…Andai aku fikirkan,ada saja keutamaan lain yg sering aku utamakan mengatasi cinta pada Allah…Ya Allah ampunkan aku…Terima kasih kerana menggerakkan hati hamba-Mu ini untuk ke surau pg itu…Kesempatan yang telah Engkau amat bermakna buat hamba-Mu ini yang sering terlalai…

Andai ini ramadhan terakhir buatku,apakah aku sudah manfaatkan sepenuhnya…Terlalu banyak lompong2 dalam amalanku….Adakah lagi ramdhan untukku selepas ini..Andai usiaku hanya untuk ramdhan kali ini…apakah aku cukup sempurna untuk menghadap-Nya…

Mungkin ramdhan berikutnya aku sudah dipanggil pergi…Mungkin ramdhan berikutnya aku sudah tiada lagi di dunia…Mungkin ramadhan berikutnya aku sudah menjadi penghuni kubur kerana sisa usia yang semakin pendek…hidup tidak pernah menjanjikan apa-apa kepastian untuk hari esok….Kematian tidak pernah meletakkan batas usia…Kelahiran kedunia punya susur galurnya..Namun kematian tidak pernah mengikut susur galur kelahiran….Mungkin ini ramadhan terakhirku…..