Thursday, 1 January 2009

Sambutan 2009 dan Palestin

Antara sambutan tahun baru pada detik 12 malam dan Palestin.Sejak serangan regim Zionis ke atas Gaza(27/12/08) perasaan ini sering bercampur baur.Serangan berterusan keatas Gaza benar-benar mengguris perasaan. Melihat gambar-gambar kesan serangan dan mangsa serangan menjadikan emosi diri tidak stabil. Menitis jua air mata melihat tangisan ibu bapa yang kehilangan anaknya.Tangisan anak yang hilang ibu bapanya.Terdetik difikiran seandainya aku berada ditempat itu…Yang menjadi mangsa keganasan itu anakku,yang manjadi mangsa itu ibu dan ayahku,yang menjadi mangsa itu kelaurgaku,adakah aku mampu setabah mereka?? Adakah lagi masa untukku mengira detik 12 malam? Jawapannya tentu tidak..Yang ada pada aku waktu itu pastinya harapan pada pertolongan Allah.Harapan pada saudara seagamaku agar membantuku..

“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh

Kecewa benar rasa diri ini..ketika saudara seagamaku di Gaza menjadi mangsa kekejaman,tanahairku Malaysia masih boleh bergembira dengan sambutan Tahun Baru.Dataran Merdeka,Bukit Bintang,KLCC,The Curve menjadi tempat tumpuan.Seakan2 tidak terkesan langsung dengan nasib saudara islam di Gaza.Inikah negara yang sering dilaung2kan sebagai negara islam?aku benar2 kecewa.Benar2 sedih.Ya betul yang menjadi mangsa itu bukan anak kita,bukan saudara kita secara genetiknya.Tapi lupakah kita bahawa setiap muslim itu bersaudara?Bayangkan andai satu hari nanti nasib itu menimpa kita apakah yang kita harapkan dari saudara seislam kita yang lain?adakah mengharapkan saudara seislam kita mempedulikan kita?sedangkan sekarang ini adakah kita mempedulikan mereka?